Wednesday, March 18, 2009

Sebagai Orang Cantik...Tapi Rongak!

Sebagai orang cantik, saya juga suka menyanyi dan berlakon walaupun suara saya agak sumbing dan lakonan saya agak over acting tetapi lantak la asalkan saya bahagia...hohoho.




Wednesday, March 11, 2009

Yayy...saya menangggg!!!














Saya bergaya bersama medal emas kemenangan saya.

Dah lama saya tak update blog saya ni, almaklumlah saya ni kan masih bersekolah...busy sikit, nak buat homeworklah, nak tengok tv lah, nak main barbie doll lah dan macam2 benda lagi. Bagi saya darjah satu ni amat meletihkan kalau nak dibandingkan masa saya kat tadika dulu sebab lepas habis di sekolah rendah saya sambung ke sekolah agama pula. Jam 5.30 petang barulah saya boleh balik rumah. Dalam perjalan pulang menaiki kereta mama kesayangan saya tu pasti saya tertidur. Kadang kadang saya menangis bila saya terjaga masa dah sampai di rumah. Pernah mama saya marah saya dan pukul saya pasal saya buat perangai menangis yang terlalu over sehingga satu taman rumah saya ni boleh dengar. Tapi bila fikir fikir balik memang patut saya kena pukul sebab kesian mama tu dah la mengandung saya pula macam baby lagi...isyyy, mulai hari itu saya dah insaf dan tak buat lagi.

Alamak panjang pula intro saya, yang sebenarnya saya nak berkongsi cerita kemenangan saya. Dua minggu lepas sekolah saya ( sekolah rendah ) telah mengadakan "Telematch" untuk darjah satu sahaja. Saya telah terpilih untuk bermain dalam dua acara. Saya menang tempat pertama untuk kedua dua acara tersebut. Saya dan kawan-kawan sangat gembira dapat mengalahkan kelas lain. Kelas kami memang hebat! Papa dan mama sangat seronok apabila mendapat tahu saya menang. Waktu paling seronok bila saya naik ke pentas untuk menerima hadiah, semua orang tengok dan tepuk tangan. Saya rasa macam di sukan olimpik pula...hihihi. Itu sahaja untuk kali ini, byeee...!

Yang benar 
Tina

Yang taip
Papa